Pages

Friday, August 6, 2010

Program dan Dokumentari 'Nur Iman di Tanah Suci'


Pn Hjh Norlina Alawi telah menjalankan program 'Nur Iman Di Tanah Suci' pada 25 Julai 2010 dengan tajaan oleh Muhammadiyah Travel & Tour dan Karyawan Bestari Production. Program ini dijalankan buat Insan Istimewa iaitu Anak Yatim AIDS,Anak Yatim kepada pesakit AIDS yang terbiardan warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Objektif Program Nur Iman Di Tanah Suci dilancarkan bagi mengubah perpepsi masyarakat dan ahli keluaraga sendiri terhadap insan istemewa anak pesakit AIDS yang dijangkiti dan tidak dijangkiti tetapi hidup melarat kerana ibu bapa telah meninggal dan anak tiada arah tujuan, warga tua yang kurang upaya dan uzur berpeluang mengerjakan ibadah umrah dan menunaikan ibadah haji dengan izin-Nya

Membuka mata masyarakat dengan memaparkan perjalanan serta pengalaman dengan memberi kesedaran kepada golongan muda dan dewasa betapa pentingnya menghargai insan yang memerlukan terutama ibubapa kita, anak-anak terbiar terdiri dari anak pesakit Aids, anak yatim dan warga tua.

Meningkatkan motivasi anak-anak supaya lebih cemerlang dalam pelajaran walaupun pernah melalui penderitaan, dihina, tersiksa dan dipinggirkan oleh masyarakat serta keluarga sendiri.

Mengajak dan memberi peluang kepada semua masyarakat islam bersama warga PERNIM dan anak-anak mengerjakan ibadah umrah dan haji.




No comments:

Post a Comment