Pages

Wednesday, August 11, 2010

Luahan Hati Norlina Alawi (Bahagian 1)


Kesabaran & Tanggungjawab memelihara anak2 istimewa ini..




Untuk memelihara anak2 yang menghidap HIV/AIDS memerlukan kesabaran yang tinggi. Rawatan dan waktu makan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor mesti dipatuhi. Kegagalan berbuat demikian boleh didakwa di Mahkamah sekiranya berlaku kematian akibat kecuaian.
Setiap Ibubapa akan memberitahu perkara yang sama iaitu pendidikan adalah suatu yang amat penting bagi membentuk anak-anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Mama bertungkus-lumus bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan fardhu ain dan kifayah iaitu denagn menghadiri kelas tuisyen (pusat tuisyen dan peribadi) , kelas tahfiz Al-Quran setiap hari dan kelas Tae Kwan Do seminggu sekali.

Seperti keluarga lain, Mama akan memastikan anak-anak mendapat pendidikan di mana mama akan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan agama serta tadika Reka (bagi anak berumur 5-4 tahun). Setiap hari (jam 5.30 pagi), Mama akan mengejut anak-anak untuk bangun dan menyiapkan diri sebelum Mama dan Papa menghantar ke sekolah. Sebelum anak-anak ke sekolah, Mama akan memastikan mereka bersarapan dan memberi tazkirah pagi (Mama sayang awak, awak anak mama yang soleh dan solehah dan belajarlah bersungguh-sungguh serta dengar cakap cikgu..). Itulah rutin seharian mama bersama anak-anak istimewa ini yang sentiasa memberi keceriaan kepada mama dan keluarga.

Alhamdulilah..dengan berkat Allah SWT, pada tahun 2009, Muhammad Ameer Redzuan (anak angkat) telah mendapat 5A dalam UPSR dan sekarang belajar di Sek. Men. Aminuddin Baki (SAB) bersama dengan Nur Aini dan Nur Syaheera (anak kandung mama).

Bagi mama, masa depan anak-anak cukup penting. Mama mahu menukar mereka kepada anak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di dunia dan akhirat. Mama tidak mahu mereka mengikut jejak ibubapa mereka. Mereka mesti menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Mama akan berusaha menubuhkan perniagaan untuk mereka mewarisinya. Mama amat berharap supaya mereka akan menolong anak-anak yang lain sebagaimana mama memberi perlindungan, kasih sayang dan membelai mereka seperti anak kandung sendiri.

No comments:

Post a Comment