Pages

Thursday, August 12, 2010

Neighbourly bond encouraged

Those living in urban areas should make an effort to get to know their neighbours better as it would help tackle social problems.

Datin Seri Rosmah Mansor said urban folk should emulate their counterparts in the rural areas who live as a close-knit community and help watch out for each other.

The Prime Minister’s wife was speaking after the launch of the “Zuriat Kita” television programme on Astro channel Oasis at One World Hotel, Petaling Jaya.

A good deed: Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) managing director Norlina Alawi (second from right) receiving a cheque from Rosmah. On the left is Mahamad.

She said good neighbourly ties would also help tackle problems like unwanted pregnancies and abandoned babies.

“In the villages, the people look out for each other and it is time urban dwellers do the same,” Rosmah said, adding that programmes like “Zuriat Kita” played an effective role in delivering positive messages to the people.

The programme, which will be shown over Astro from July 18, is a joint project by MFDM Holdings, the Selangor Justice of Peace Council and Karyawan Bestari.

MFDM Holdings executive chairman Datuk Seri Mahamad Fathil Mahmood, who is also the Selangor JP Council president, said they would reach out to more areas where youths were involved in social ills.

“We are in the midst of identifying urban areas in Selangor where youths are involved in unhealthy activities and will come up with suitable programmes for them, “said Mahamad Fathil.

Wednesday, August 11, 2010

Luahan Hati Norlina Alawi (Bahagian 1)


Kesabaran & Tanggungjawab memelihara anak2 istimewa ini..




Untuk memelihara anak2 yang menghidap HIV/AIDS memerlukan kesabaran yang tinggi. Rawatan dan waktu makan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor mesti dipatuhi. Kegagalan berbuat demikian boleh didakwa di Mahkamah sekiranya berlaku kematian akibat kecuaian.
Setiap Ibubapa akan memberitahu perkara yang sama iaitu pendidikan adalah suatu yang amat penting bagi membentuk anak-anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Mama bertungkus-lumus bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan fardhu ain dan kifayah iaitu denagn menghadiri kelas tuisyen (pusat tuisyen dan peribadi) , kelas tahfiz Al-Quran setiap hari dan kelas Tae Kwan Do seminggu sekali.

Seperti keluarga lain, Mama akan memastikan anak-anak mendapat pendidikan di mana mama akan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan agama serta tadika Reka (bagi anak berumur 5-4 tahun). Setiap hari (jam 5.30 pagi), Mama akan mengejut anak-anak untuk bangun dan menyiapkan diri sebelum Mama dan Papa menghantar ke sekolah. Sebelum anak-anak ke sekolah, Mama akan memastikan mereka bersarapan dan memberi tazkirah pagi (Mama sayang awak, awak anak mama yang soleh dan solehah dan belajarlah bersungguh-sungguh serta dengar cakap cikgu..). Itulah rutin seharian mama bersama anak-anak istimewa ini yang sentiasa memberi keceriaan kepada mama dan keluarga.

Alhamdulilah..dengan berkat Allah SWT, pada tahun 2009, Muhammad Ameer Redzuan (anak angkat) telah mendapat 5A dalam UPSR dan sekarang belajar di Sek. Men. Aminuddin Baki (SAB) bersama dengan Nur Aini dan Nur Syaheera (anak kandung mama).

Bagi mama, masa depan anak-anak cukup penting. Mama mahu menukar mereka kepada anak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di dunia dan akhirat. Mama tidak mahu mereka mengikut jejak ibubapa mereka. Mereka mesti menjadi orang yang berjaya di masa hadapan. Mama akan berusaha menubuhkan perniagaan untuk mereka mewarisinya. Mama amat berharap supaya mereka akan menolong anak-anak yang lain sebagaimana mama memberi perlindungan, kasih sayang dan membelai mereka seperti anak kandung sendiri.

Gambar2 rombongan PERNIM ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah (Julai 2010)










One Big Happy Family



I wanted to look after these children because I wanted to
shower a mother’s love on them." – Norlina Alawi



"God could not be everywhere. Therefore He creates mothers." This saying paints an accurate picture of Norlina Alawi.

Besides having seven children of her own, this 37-year-old businesswoman has adopted 35 other children ranging from 22 to three years old. Four of them have AIDS.

This is not surprising since many of her adopted children have parents who suffer from HIV/AIDS. In fact, in 2004, Norlina has set up a home called Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) specifically to look after children of HIV and AIDS patients.

"These children always face a certain kind of discrimination," she says. "People are so afraid to adopt them. They are afraid their life will be complicated by the disease.

"The last thing these children want is discrimination. What they need most is love."

Norlina’s journey of mercy began in 2000. At that time, she was running a successful catering business which supplied food for film crew on location shoots.

At that time, she came to know of one of her sister’s friends, who is deaf and dumb – and unmarried, had become pregnant. Out of pity, Norlina offered a roof over her head till the baby was born.

Later, Norlina discovered the girl was also HIV+ and there was a strong possibility that the baby could be infected. Though she persisted in lending the unwed mother a hand, she was persuaded by her own mother to send the girl to a halfway house that looked after HIV patients.

However, Norlina never stopped visiting the girl. When she discovered the mother could not look after her new baby, she decided to adopt the child. The mother returned to her hometown.

"I couldn’t blame her – she didn’t have any experience," recalls Norlina. "I think my motherly instinct told me that I didn’t have any choice but to look after the child."

To continue to breastfeed the baby, Norlina became pregnant with her sixth child. Luckily, that baby is later found to be free of the dreaded disease.

Then in 2003, she added two toddlers to her brood. "Their parents had died of AIDS," she says. "But the relative who passed me the children hid that fact. She was afraid that I would not take them."

Norlina started to read more about HIV and AIDS. Since then, she has taken on other abandoned children of all walks of life.

Initially, her husband was not pleased with her idea of adopting children. "He said what I was doing was utter madness ... that I was taking on other people’s problems on my shoulders."

But it didn’t take him long to come around and accept his wife’s ‘madness’. "I think he learned to love the children like his own too."

Doing what she did has never been easy but the most difficult time for Norlina was when people misconstrued her reasons and actions.

In 2005, a report was lodged against her about mistreating one of her children. There was a court case and welfare officers were called in to investigate. But in the end, she was cleared and found not guilty.

"I know I am not a perfect mother. If I had made mistakes, I hope people will show me the right way, and I am always willing to learn. But they should not have tried to take my child away from me."

There were also insinuations that she was running the centre for glamour and fame.

"Is there glamour in looking after children?" Norlina asks. "Believe me, there is no glamour. There is only hard work.

"Initially, I was upset that people had misconstrued my intentions. I felt sad for my husband too. Because of me, he had to face the heat and the gossips.

"I wanted to look after these children because I wanted to shower a mother’s love on them. As time passed, I decided not to let these negative talks affect me. If I were to let them affect me, I would be depressed and would not be an effective mother to my children."

Whatever people may say, it cannot be denied that it takes a special woman like Norlina with a heart big enough to love 42 children, especially children who are ostracised by society mainly out of fear.

Apa dosa kami.... anak yatim aids

MELIHAT anak kecil ini buat kali pertama dan secara imbasan bersahaja, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dia yang berusia lapan tahun sedang menderita penyakit yang sangat digeruni penduduk dunia, AIDS.

Di sebalik senyuman, telatah comel dan kerenah manja Nur Murni Mohd. Saidi atau lebih manja sebagai Murni, terpampang kisah silam penuh derita dan masa hadapannya yang menghitung hari, memang menyedihkan hingga mampu menitiskan air mata sesiapa jua yang tahu keadaan sebenar.


Tidak keterlaluan jika dikatakan Murni sedang berjuang di ambang maut sejak beliau dilahirkan lapan tahun yang lalu setelah doktor menjangka hayat kanak-kanak ini tidak lama.

Ketika Mingguan Malaysia menemuinya di Pusat Perlindungan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV dan Aids Nurul Iman (Pernim) di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini, Murni yang bersaiz kecil dengan berat 12 kilogram baru sahaja keluar hospital.


“Sejak kecil lagi, Murni yang fizikalnya hanya sama besar dengan budak umur empat tahun kerap keluar masuk hospital dan terpaksa menelan pelbagai jenis ubat dan dadah bagi melawan pelbagai serangan penyakit ekoran daya tahan badan dan antibodi yang lemah.

“Terbaru sekali, ketika melakukan pemeriksaan doktor baru-baru ini, doktor telah mengesahkan sebelah paru-paru anak malang ini tidak boleh berfungsi secara normal,” kata Ketua yang juga Pengasas Pernim, Norlina Alawi.


Pusat Perlindungan Pernim yang ditubuhkan sejak empat tahun yang lalu telah memberi harapan dan kehidupan baru kepada lebih 30 anak-anak yatim termasuk tiga anak kecil yang menghidapi penyakit AIDS atau HIV.

Menceritakan mengenai latar belakang Murni secara ringkas, Norlina berkata, anak malang itu lahir hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri yang sah. Namun bapanya, penagih dadah tegar manakala ibunya seorang suri rumah di Kelantan.


Akibat suntikan dadah dari tabiat berkongsi jarum antara penagih- penagih, bapanya dijangkiti virus HIV tanpa disedari dan kemudiannya, ‘berkongsi’ kuman berkenaan dengan ibu Murni semasa menjalin hubungan kelamin.

Diwariskan

Kuman tersebut seterusnya ‘diwariskan’ pula kepada anak dalam kandungan iaitu Murni yang kini kehilangan ibu dan bapanya akibat AIDS yang telah bersarang sejak sekian lama.


“Kemudian ada sahabat yang prihatin menelefon Pernim dan menceritakan perihal Murni yang ditinggalkan bersendirian di hospital setelah ibu bapanya meninggal, walaupun mempunyai ibu dan bapa saudara yang ramai tetapi mereka tidak mampu untuk menjaganya.

“Ketika itu, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan di dunia ini. Doktor beritahu adik- beradik bapa Murni yang ramai itu tetapi mereka tidak berani mengambilnya kerana tidak mampu menjaganya,” katanya sayu, mata yang berkaca.


Walaupun membesar dengan virus HIV dan hanya boleh menikmati kehidupan ini buat seketika, masyarakat sekeliling tidak berhak untuk menafikan segala peluang dan masa yang ada untuk membolehkan Murni hidup bahagia seperti kanak-kanak lain.

“Atas kesedaran itu, Pernim menghantar Murni ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya walaupun dia hanya sekadar duduk berdiam diri di dalam kelas dan hanya memerhati gelagat rakan-rakannya.

“Guru-guru di sekolahnya tahu mengenai keadaan Murni dan mereka mengambil sikap positif dengan tidak sesekali meminggirkannya dalam segala aktiviti pembelajaran bagi menjaga hati dan perasaannya.


“Syukur kepada Allah Taala, saya mendapat maklum balas daripada guru-guru bahawa ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu tidak menyisihkan anak-anak mereka daripada Murni kerana faham mengenai AIDS.

“Saya harap lebih ramai masyarakat sekeliling faham dan tidak lagi memandang serong terhadap pesakit AIDS terutama kanak-kanak yang tidak berdosa seperti Murni kerana walaupun sebahagian organ termasuk otaknya terganggu akibat serangan AIDS, namun mereka mempunyai hati dan perasaan seperti insan lain,” katanya dengan air mata yang mula berlinangan.


Selain ke sekolah, Murni turut mengikuti kelas tae kwan do bersama-sama anak-anak yatim lain di pusat berkenaan agar anak malang itu turut menikmati riadah dan tidak hanya menjadi pemerhati keriangan anak- anak lain, jelasnya.

“Murni pernah koma, gugur rambut dan ketika itu, doktor menasihatkan agar membuat persediaan pengebumian tetapi kuasa Allah Taala mengatasi segalanya, Murni terus hidup sampai sekarang dan hanya Dia yang menentukan selama mana Murni akan bertahan,” kata Norlina.


Buku Sesuci Kasih Norlina Alawi

“Korang bacalah buku ni. Sesuci kasih Norlina Alawi. Ummi baca menitik ayaq mata sebak...”, kata ummiku kepada kami adik beradik semasa aku pulang ke rumah baru-baru ini.

“Ok lah. Adik bawak balik UIA dulu buku ni. Nanti baru baca.”, ujarku.

Sebelum ini aku pernah terbaca di Majalah Nur atau Dara.com, tak ingat, tentang kisah wanita tabah ini menubuhkan pusat penjagaan anak-anak HIV/AIDS, iaitu Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Dan baru sahaja aku selesai membaca buku setebal 152 muka surat ini yang sarat dengan perjalanan hidup Puan Norlina berserta gambar-gambar. Buku ini hasil wawancara wartawan bernama Lily Haslina Nasir terbitan Alaf 21.

Jika dibandingkan kisah hidup Rasul Kesayangan kita, Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, memang tiada tolok bandingnya lagi penderitaan yang Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah pun lalui, demi menyebarkan tauhid agar ummatnya selamat di hujung hayat. Kita mengaku dan kita sedar bahawa tiada lagi ujian terbesar yang diturunkan kepada manusia selain daripada Rasul Ulul Azmi.

Tetapi sekali-sekala marilah kita lihat juga perjuangan orang lain, yang hanya manusia biasa, yang Allah berikan kekuatan dan perasaan belas ke dalam hatinya. Hatta dia sanggup mengisi hidupnya dengan membantu insan lain yang amat memerlukan, walaupun hidupnya sendiri yang tak berapa mencukupi. Atas rasa kekosongan dalam hidup memaksa dia ingin berbakti.

Di sini sukalah aku nak bercerita serba sedikit hasil pembacaanku. Sejak akhir-akhir ini air mata memang cukup murah nak keluar. Ada
sale agaknya. Hemm..

Puan Norlina hanyalah wanita biasa yang berasal dari Johor. Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Tidak pun menjejakkan kaki ke universiti sebagaimana kita ni. Berkahwin pada usia yang kukira agak muda iaitu 19 tahun. Suaminya pada ketika itu berjawatan sebagai Leftenan Muda Roslan Zakaria.

Semasa mengandungkan anak yang kelima, perasaannya membuak-buak ingin membantu anak-anak malang yang kehilangan ibu bapa akibat dadah. Juga di atas desakan berita-berita yang menghiasi akhbar-akhbar tempatan. Kes buang anak. Bayi dijumpai di tong sampah dengan kesan gigitan anjing dan cakaran kucing, terhurung oleh semut-semut dan macam-macam lagi.

Semua orang menghalang, menasihati dia supaya berfikir panjang. Hatta suaminya pun menolak dan mereka bertegang urat dalam rumah tangga. Tapi itu semua tidak dia hiraukan kerana perasaan tanggungjawab dan tidak mahu menyesal sekiranya anak-anak ini dibuang ke tong sampah lagi.

“Mama dah gila agaknya? Kalau nak bantu orang pun banyak cara lain!”, suaminya benar-benar berang.

“Kenapa nak menyusahkan diri? Kenapa nak haru-birukan keluarga kita? Kita dah ada lima anak...jaga yang ada ni pun dah besar pahala mama dapat!!”, jerkah suaminya lagi.

“Awak pilih antara dua..nak teruskan juga semua kerja gila ni atau nak teruskan katering! Cubalah fikir sikit, kita boleh hidup mewah kalau awak terus buat katering! Apa yang dah rasuk awak ni?”

“Katering tu semua daki dunia, tak ke mana wang ringgit yang ada ni.. bila kita mati, semuanya tinggal. Tapi kalau bela budak-budak ni.. doa diorang lah yang menjadi penahan seksa kubur kita.”, jawabnya yang dirasakan jawapan itu amat menikam hati.

Sungguh aku terkesima dengan pengorbanan beliau. Ini adalah keputusan yang amat besar dibuat dalam hidupnya. Bukan mudah nak membela anak orang. Berpenyakit pula. Penyakit yang bukan sebarang penyakit pula tu. Walaupun ramai yang mencemuh, menganggap beliau hanya mahu mencari glamour, mengejar nama, tapi dia telan semuanya. Suaminya juga akhirnya redha dengan kemahuannya dan sama-sama membantu dan memberikan sokongan padu.

Malah dia juga ditikam dari belakang oleh kawan-kawannya. Mereka menggunakan nama dia kononnya hendak mencari dana dan derma untuk anak-anak HIV. Tetapi sebaliknya mereka makan duit tu. Astaghfirullah.. dan kesannya terpalit padanya juga. Tapi Allah itu Maha Adil. Dia mengetahui segalanya lalu memudahkan urusannya.

Aku hairan melihat mereka yang mencemuh. Kenapa harus mencemuh? Adakah kita sudah cerminkan diri sebelum nak mencemuh orang melakukan kebaikan? Banyak sangatkah sumbangan yang sudah kita sumbangkan dalam hidup? Kenapa hati itu terlalu hasad terhadap orang lain? Sama-samalah kita bermuhasabah. Setiap manusia mencuba lakukan apa sahaja untuk meraih redha Tuhannya..

Terlalu banyak nak diceritakan di sini. Aku cadangkankan agar sahabat-sahabat semua ambillah sedikit waktu untuk membeli dan membaca sendiri buku ini. Kerana RM 1 daripada setiap jualan naskah ini iakan disalurkan kepada PERNIM.

Di sini aku coretkan luahan perasaaan anak-anak malang ini yang sangat meruntun jiwa, yang dipetik daripada buku ini. Bersyukurlah kerana kita diberikan kesenangan dan kebaikan yang amat banyak sekali oleh Allah SWT. Maka, kasihanilah mereka. Jangan dihina anak-anak ini jika kita tidak mampu untuk berbuat baik kepada mereka.. Kasihanilah mereka..

“Dalam hidup kami memang tiada siapa-siapa. Bukanlah kata tak ada saudara-mara tapi entahlah. Saudara-mara pun tak pernah jengah kami. Yang kami tahu kami cuma ada Mama, Papa dan keluarga di sini. Memanglah Mama tak kaya. Tapi kami cukup senang hati tinggal dengan Mama. Kalau tak ada Mama kami tak tahu apa agaknya yang jadi pada kami. Agaknya tanpa Mama dan Papa, kami mungkin jadi anak terbiar.

Masa mula-mula tinggal dengan Mama, kami memang tak tahu apa. Rasanya kami tak peduli dengan apa yang akan terjadi pada kami. Selama ini pun sewaktu mak dan abah ada, tak ada siapa pun yang pernah ambil tahu pasal kami. Pergi sekolah ke, makan ke, tahu membaca ke, tak kisah pun. Tak ada siapa yang nak marah. Kami lagilah tak ambil tahu. Kalau tak pergi sekolah lagi seronok. Sebab kalau pergi sekolah pun asyik kena marah.

Kawan-kawan memang biasa ejek kami. Kami tak boleh nak kata apa-apa sebab mak dan abah kami memang mati sebab dadah. Kami tahu dadah tu benda tak baik. Tapi nak buat macam mana..takkan kami nak tegur arwah mak dan arwah abah dulu. Kalau kami mengintai-intai pun, silap-silap kena tengking atau kena pukul dengan mereka.

Dahulu kami selalu tak ada duit nak makan. Kalau ada duit sikit-sikit, arwah emak dan arwah abah guna untuk beli beli dadah. Kami tak boleh nak kata apa. Kadang-kadang tu menangis jugak sebab perut lapar sangat. Kalau dah tak ada benda langsung nak makan, kami tidur je. Itupun bukan boleh tidur sangat.

Bila ada peluang, kami curi-curi pergi rumah jiran. Kalau nasib baik dapatlah makan biskut dan minum air teh. Kalau dah tak tahan sangat, masa kawan kami tu makan nasi kami jengah-jengah. Untung-untung, dia ajak makan sekali. Tapi kami pun tahu tak boleh buat selalu.

Kalau jiran yang baik hati, memang diajak makan. Tapi kalau dah selalu sangat, jiran-jiran halau kami balik. Kata mereka, kami ni busuk dan kotor. Nak balik mandi macamana.. ada masa rumah kami tak ada air, sebab arwah mak tak bayar bil. Nak gosok gigi atau sabun badan lagilah tak ada. Manalah arwah maka mampu nak beli macam-macam. Kalau mandi tu, kita orang siram badan setakat dua tiga gayung aje.

Bila arwah emak dan abah meninggal dunia, kami memang susah. Kalau ada saudara ynag ajak tinggal bersama pun, tak lama. Semuanya tak sanggup bela kami. Kadang-kadang tu rasa juga sedih. Tapi kami malas nak fikir. Kalau dah tak ada orang nak jaga kami, kami tidur kat tepi jalan ke, kat tempat tunggu bas ke, kami tak kisah. Mana-mana pun boleh tidur.

Makan? Kalau nak senang makan, tunggu dekat kedai makan. Kalau ada baki nasi atau lauk yang dia orang buang, kami kutip. Memanglah kotor. Tapi kalau perut dah lapar sangat kami tak kisah. Ada masa, sedap-sedap juga makanan yang kami jumpa. Lebih sedap daripada apa yang pernah arwah mak berikan untuk kami.

Bila kami kena hantar dekat rumah Mama, kami takut juga. Kami ingatkan duduk rumah Mama ni macam asrama anak yatim. Tapi bila duduk sehari dua, memang lain daripada asrama anak yatim. Rumah Mama ni memang rumah dia. Makan minum semua dengan Mama.

Masa baru-baru tu takut juga. Mama memang garang kalau kami degil. Yalah, dekat sini ramai anak Mama. Semua Mama layan sama sahaja. Tapi kalau degil sangat, Mama gigit jari kami. Kata Mama, dia tak sampai hati nak rotan sebab kami semua kurus-kurus sangat, jadi dia gigit jari kami. Rasa kelakar pun ada, takut pun ada... tapi yang paling payah nak ikut bila Mama suruh kami mandi, gosok gigi, solat dan pergi sekolah.

Mula-mula tu memang tak suka sebab Mama suka berleter kalau kami tak mandi. Mama akan jeritkan pada kami kalau kami bau busuk, tak gosok gigi atau tak sikat rambut. Tapi lama-lama tu macam ok pulak sebab memang tak selesa bila tak gosok gigi. Mulut busuk dan gigi pun selalu sakit, nak makan tak selesa.

Sejak tinggal dengan Mama, barulah kami dapat pakai cantik-cantik. Mama belikan kami baju sama saja dengan apa yang dia beli untuk anak sendiri. Kalau pagi ni kami pakai hijau, semua anak Mama yang lain akan pakai baju warna hijau. Kalau esok pakai warna biru, semua akan pakai warna biru. Pakai mesti kemas, Mama tak suka anak Mama nampak comot. Pakai baju mesti kemaskan dan masukkan hujung baju dalam seluar.

Makan pun sedap. Makan ramai-ramai lagi sedap. Memang selalunya laju aje kami makan. Kalau makan, Mama suruh kami baca doa daulu. Lepas tu tak boleh buat sepah. Sesiapa buat sepah kena marah dengan Mama. Selain itu Mama ajar kami kemas tempat makan sendiri. Tapi masa mula-mula datang dulu, kami paling tak suka bila kena belajar. Tak kiralah belajar mengaji ke, belajar solat ke atau sekolah, memang kami benci. Tapi Mama paksa juga. Mama hantar kami belajar macam-macam. Belajar tae kwon do, belajar mengaji, belajar mental arithmetic. Selalu kami menangis bila belajar susah. Tapi Mama paksa kami sampai boleh. Bila dapat A dalam semua pelajaran kat sekolah, Mama peluk cium kami.

Kalau dulu tak pandai sembahyang, sekarang setiap kali solat kami tak pernah ponteng. Masa Maghrib, kami sembahyang jemaah. Mama dan Papa mengajar kami mendoakan untuk arwah emak dan arwah ayah kami. Mama selalu pesan, biar apapun yang berlaku, mereka tetap ayah dan ibu kandung kami. Kalau mereka tak ada, beerti kami pun tak ada di dunia ini.

Kami memang tahu Mama selalu kena kata dengan orang ramai pasal menjaga kami. Macam-macam orang kutuk Mama. Ada kata Mama gila, ada cakap Mama orang tak betul. Tapi Mama selalu suruh kami sabar. Mama jaga kami. Mama tak suka tengok kami sedih. Kalau ada orang ejek kami di sekolah, Mama pesan suruh beritahu. Bukan Mama nak mengamuk atau marah orang tu balik, tapi Mama akan cakap cara elok. Mama bukan sahaja nasihatkan budak yang ejek kami, selalunya Mama akan berkenalan dengan emak budak yang mengejek kami tu. Mama terangkan pada mereka masalah kami. Lepas tu jarang orang mengejek kami. Semua dah berkawan dengan kami. Cikgu-cikgu pun sayang kami. Lebih-lebih lagi bila kami selalu dapat cemerlang dalam peperiksaan.

Kami selalu menagis bila berdoa ramai-ramai selepas solat jemaah. Tak tahulah kenapa kami nangis. Bila salam Mama, kucup tangan Mama, kami rasa sedih sangat. Mama selalu ingatkan kami, apa juga kami buat, ingatkan Allah. Mama pesan kalau kami buat baik dan jaga solat, arwah emak dan arwah ayah kami akan sejuk di kubur. Lagi satu perkara yang menyebabkan kami rasa sedih, bila kenangkan sebab kami, Mama selalu susah. Mama selalu tak cukup duit belanja untuk kami. Belanja makan, belanja sekolah dan duit ubat kami. Mama cuma kata, kami tak perlu fikir semua tu. Itu urusan Mama. Kalau Mama kena kutuk pun, Mama selalu pesan, diam dan ingat Allah.

Orang pernah tuduh Mama dera kami. Orang kata Mama tak jaga kami. Tapi semua orang tu cuma pandai cakap aje, pandai mengutuk aje. Kalaulah Mama biarkan kami, rasanya sampai sekarang kami tak pandai membaca. Mengira duit pun kami tak reti. Kalau betul Mama dera kami, rasanya kami pun tak mahu peluk cium Mama macam biasa. Mama memang garang dengan kami, tapi itupun kalau kami degil dan tak ikut cakap.

Paling Mama marah kalau ada antara kami yang sakit dan tak makan ubat ikut jadual. Mama memang akan jeritkan nama kami kalau tak makan ubat. Mama selalu pesan, ubat kami bukannya murah. Kalau kami sakit dan pengsan di sekolah, itu nanti akan menyusahkan Mama juga. Kami tak kecil hati kalau Mama marah kami sebab itu. Yalah, kami ada HIV, kami tahu penyakit itu bahaya. Kalau tak jaga boleh bawa mati. Mama sayangkan kami sebab tu Mama selalu ingatkan kami berkali-kali., “Makan ubat! Makan ubat! Kalau tak makan ubat, nanti boleh mati. Tahu tak M A T I !"

Selalunya kalau Mama dah marah macam tu, kami peluk dan cium Mama. Kami minta ampun dengan Mama. Kami janji tak nak degil-degil. Kami tahu Mama sayangkan kami. Kami tahu Mama tak mahu kami pergi terlalu cepat. Kami tahu semua tu. Kalau tak, takkan Mama sanggup susukan anak orang yang ada HIV/AIDS. Buat apa Mama nak susah-susah. Tapi Mama selalu cakap, dia buat semua itu sebab dia memang sayangkan kami. Dia nak kami yang sakit boleh hidup lama sikit. Kalau tanya pada kami, entahlah..kadang-kadang rasa takut ingatkan pasal mati, kadang-kadang macam tak rasa apa-apa.

Mama selalu pesan, kalau orang yang selalu solat, Allah sayangkan mereka. Orang yang rajin mengaji dan solat, tak akan diseksa dalam kubur. Sejak bersama Mama, kami tak pernah tinggal solat. Harap-harap Allah ampunkan dosa kami. Kami memang nakal dulu. Kami tak pernah mengaji atau solat. Tapi kini semua kami dah buat.

Ada masanya kalau tengah malam, kami susah nak tidur. Kami selalu teringat kisah lama kami. Zaman kami susah dahulu. Bila teringat kampung memang sedih, tapi bila teringat Mama yang baik hati sanggup susah payah sebab kami, kami lagi sedih. Kami selalu terbayang ...macam manalah kami boleh balas jasa Mama.

Kami selalu berdoa, minta-minta Allah panjangkan sikit umur kami. Biar kami dapat masuk universiti, biar kami dapat kerja bagus, dapat gaji. Kami nak beri Mama duit, nak belikan Mama baju, nak belikan Mama kek..seperti apa yang Mama pernah beri kami.

Kami nak Mama senang. Kami nak Mama rehat. Mama dah penat jaga kami. Kami selalu doa sendiri-sendiri dalam hati. Mama tak tahu tapi kami cerita pada Auntie Lily aje..

Kami teringin hidup lama sikit..bukan sebab takut mati, bukan sebab seronok nak hidup lama macam orang lain, tapi kami teringin nak tolong Mama. Harap-harap Allah dengar doa kami. Harap-harap kami sempat balas jasa Mama sebelum kami pergi....


Program 'Zuriat Kita'

Karyawan Bestari telah menjemput anak-anak PERNIM bagi memeriahkan Program "Zuriat Kita" yang bertempat di Shah Alam di mana dirasmikan oleh Datin Sri Paduka RosmahMansor.