Cabaran menjaga anak HIV/AIDS Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN Norlina Alawi bersama anak-anak Pernim yang dikasihi umpama anak kandung sendiri. TERASING dan terpinggir paling tepat bagi menggambarkan jiwa anak-anak yatim pesakit HIV/AIDS kerana terpaksa melayari kehidupan sebatang kara dalam usia yang terlalu muda. Kebanyakan mereka lazimnya hidup dalam keadaan tidak terurus, tidak pasti bila waktu makan seterusnya apatah lagi hal penjagaan kebersihan mahupun kesihatan diri sendiri. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tanggapan prejudis masyarakat akibat kejahilan terhadap HIV dan AIDS sekali gus menjadikan golongan kanak-kanak berkenaan terus hidup terbiar, terpencil dan melarat ke akhir hayat. Menurut Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi, sebahagian besar masyarakat gagal memahami situasi kanak-kanak berkenaan yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk membebaskan mereka daripada belenggu perspektif negatif terhadap golongan itu. Norlina, 37, berkata, ada di antara anak-anak HIV/AIDS terbiar yang tidak pernah gosok gigi, potong kuku dan memakai seluar dalam kerana dibiar hidup bergelandangan oleh penjaga masing-masing. ‘‘Oleh itu kami memahat ikatan kekeluargaan yang erat dalam diri setiap penghuni Pernim agar anak-anak pembawa HIV ini faham bertapa pentingnya menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain. ‘‘Perkara ini penting dalam usaha membina semula jati diri mereka dari segi rohani, akademik, mental dan fizikal yang sebelum ini tidak pernah diterapkan kepada mereka,’’ katanya yang mesra dengan panggilan ‘mama’ di kalangan anak-anak Pernim. Menurut Norlina, setakat ini terdapat 50 orang mendapat perlindungan di Pernim termasuk bayi yang berusia dua minggu, gadis teraniaya (seperti mangsa rogol) dan ibu tunggal yang dirogol menantu. Beliau menjelaskan, dia dan suami, Mejar Roslan Zakaria, 43, mengendalikan Pernim sebagai sebuah ‘keluarga besar’ yang dipimpin oleh ‘mama’ dan ‘papa’ (Roslan) dengan 50 orang ‘anak’ termasuk tujuh anak kandung mereka sendiri. Kata Norlina lagi, anak-anak kandungnya berusia antara 6 hingga 17 tahun dijadikan sebagai contoh kepada ‘adik-beradik’ yang lain agar patuh kepada ajaran agama, di samping berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kurikulum. Jelasnya, urusan harian termasuk penjagaan kesihatan anak-anak yang sakit dikendalikan secara bergotong royong oleh semua ‘ahli’ keluarga itu agar setiap orang diberi perhatian baik dari aspek perubatan, keperluan emosi mahupun pembelajaran. Tambah beliau, kira-kira RM44,000 hingga RM50,000 diperlukan setiap bulan untuk menampung perbelanjaan anak-anak angkatnya termasuk makanan, ubat dan rawatan bagi yang mudah jatuh sakit. ‘‘Menjaga anak-anak HIV memang ada cabarannya tersendiri lebih-lebih lagi perlu menitik berat aspek kebersihan dan kesihatan mereka yang sentiasa terdedah kepada penyakit. ‘‘Mereka memerlukan penjagaan khas 24 jam sehari, perlu mengambil ubat apabila tiba masanya dan ada di antara anak-anak ini yang mengalami tekanan sosiol dan mental kesan kehidupan terbiar dahulu,’’ ujarnya. Pada masa sama, Norlina bersyukur kerana usahanya turut dibantu oleh institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah (SM) Pandan Mewah, SM Aminuddin Baki dan Sekolah Rendah (SK) Taman Muda yang memberi galakan kepada semua anak-anaknya untuk tidak berputus asa dalam mencapai keputusan cemerlang. Beliau menghargai peranan guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah berkenaan dalam membantu anak-anak Pernim menjadi pelajar cemerlang dan individu bertanggung jawab. Dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya membela nasib anak-anak yatim pembawa HIV, Pernim akan mengadakan program ‘Jalinan Kasih’ bermula 5 hingga 27 Disember ini. Menerusi program itu, Norlina bersama 50 anak-anak Pernim akan menjelajah ke seluruh negara dan berkempen sambil meningkatkan pengetahuan umum terhadap perlunya perhatian terhadap mangsa AIDS terutama kanak-kanak. |
Keluarga Besar Norlina Alawi
Thursday, August 12, 2010
Cabaran Menjaga Anak HIV/IDS
Program Famili Penyayang - Patut dipuji
Kisah Wanita Istimewa
Norlina raises 50 needy children
Story by NG AI FERN
aifern@thestar.com.my
Home’s super mum feted
By YENG AI CHUN
Dulu tidak tenteram kini Roslan reda
Dulu tidak tenteram kini Roslan reda
ROSLAN Zakaria (tengah) mendukung salah seorang bayi Pernim yang dipeliharanya sambil dikelilingi anak-anak kandung mereka dan anak Pernim.
LIMA anak yang comel dan sedang membesar dan seorang isteri cantik yang pandai menguruskan rumah tangga dan tidak pernah jemu membantu meningkatkan taraf hidup sekeluarga melengkapkan hidup Roslan Zakaria dalam mengecapi nikmat perkahwinan.
Apabila isteri tersayang, Norlina Alawi meluahkan perasaan belas mengenai seorang wanita cacat pendengaran dan bisu yang hamil hasil hubungan seks dengan penagih dadah, Roslan turut terasa pedihnya.
Pegawai tentera berpangkat Mejar di Markas 12 Briged, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur ini bersetuju untuk sama-sama isterinya menerima kelahiran anak itu sebagai ahli keluarga yang baru.
Namun Roslan sedikit kaget apabila diberitahu anak itu mungkin pembawa penyakit yang paling ditakuti, iaitu HIV/AIDS, kerana penagih dadah yang bersama ibunya itu disahkan penghidap HIV positif.
Tanpa pengetahuan yang lengkap mengenai penyakit itu, Roslan mula ragu-ragu dengan keputusan isterinya menerima anak angkat itu kerana khuatir keselamatan kesihatan anak-anak kandungnya.
Bagaimanapun, linangan air mata Norlina melembutkan hati Roslan untuk menerimanya dengan tangan terbuka.
Sekali lagi Roslan tersentak apabila isteri tersayang memberitahu, anak itu perlu diawasi sejak dalam kandungan untuk mendapat rawatan berjadual kerana ibunya juga didapati menghidap HIV hasil hubungan seks bebas.
“Saya kaget apabila hal itu diberitahu tetapi yang membuat saya lebih terkejut apabila Lina memberitahu dia ingin mengandung lagi untuk menyusukan anak angkat tersebut.
“Saya tidak membantah dan tidak juga bersetuju tetapi apabila Lina menjelaskan sebab-sebabnya, saya hanya mendiamkan diri. Lina mengandung dan saya dikurniakan anak keenam. Lina berjaya menyusukan anak angkat kami,’’ katanya.
Norlina yang berada di sebelah ketika temu bual itu turut menyampuk.
“Niat saya ketika itu ialah saya ingin melihat anak angkat saya itu mempunyai antibodi yang kuat bagi melawan penyakit jika ditakdirkan dia juga pembawa penyakit tersebut.
“Doktor memberitahu saya, anak-anak yang mendapat susu ibu akan lebih bertenaga dan saya yakin langkah itu betul,’’ ujarnya.
Apa yang menyentuh perasaan ialah Lina sanggup menanggung risiko mempercepatkan tarikh bersalin kerana ingin menyusui anak angkatnya itu dengan memerah dan menyimpan susunya di dalam peti sejuk, kemudian ibu kandung akan memberikan susu Lina kepada bayinya itu.
Akhirnya ibu bayi itu menyerahkan anaknya untuk dipelihara oleh Lina sekeluarga.
Bagaimanapun, Roslan terasa bagai diuji apabila Norlina sekali lagi menyuarakan hasrat untuk memelihara dua adik-beradik yatim piatu.
“Saya mula kurang senang dengan tindakan Lina kerana bilangan keluarga kami sudah cukup dan saya rasa tidak ada ruang lagi untuk orang luar.
“Saya mula bertanya kepadanya, rumah kita bukan pertubuhan kebajikan dan sesiapa sahaja boleh keluar masuk minta bantuan.
“Lina keras hati dan sukar dipujuk, apatah lagi apabila dia membuat keputusan menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia (Pernim),’’ katanya.
Norlina menambah, kedua-dua beradik itu merupakan anak kepada pasangan penagih dadah yang mati akibat AIDS.
“Selepas kematian ibu bapa, mereka dibuang oleh ahli keluarga dengan alasan tidak mampu menyara. Apa yang menyedihkan ada keluarga angkat yang sudi memelihara tetapi menyerahkan semula kepada keluarga asal apabila mengetahui latar belakang mereka.
“Saya kesal dengan tindakan tersebut dan tanpa berlengah lagi menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Begitulah seterusnya, saya menerima kesemua anak-anak yang kematian atau ditinggalkan ibu bapa angkara HIV/AIDS.
“Secara jujurnya memang suami membantah tetapi saya selalu bertegang urat mempertahankan pendirian memelihara anak-anak tersebut. Bukan saya melawan kehendak dan keselesaan suami tetapi hati kecil saya selalu berkata, bantahan itu hanya bersifat sementara.
“Saya tidak sampai hati sebenarnya membiarkan anak-anak yang tidak berdosa itu bergelandangan tanpa kasih sayang dan keluarga yang sempurna.
“Walaupun saya sedar tidak ada mewahnya tinggal di Pernim tetapi sekurang-kurangnya tangan yang saya hulurkan mampu meringankan derita anak-anak ini,’’ katanya sambil merangkul mesra anak-anak yang sibuk mengelilinginya.
Berkat doa yang tidak henti-henti dipanjatkan kepada Allah s.w.t. dan usahanya membawa suami menunaikan fardu haji ke Mekah pada tahun lepas, Norlina bersyukur dengan apa yang dilaluinya pada hari ini.
“Syukur, apa yang saya idamkan selama ini akhirnya mula menampakkan hasil apabila suami mula reda menerima kehadiran anak-anak Pernim,’’ kata Lina.
“Memanglah pada awalnya setiap kali Lina mahu menambah anak Pernim saya membantah tetapi apabila menatap wajah anak-anak itu hati kecil saya melimpah dengan rasa belas kasihan dan kasih sayang.
“Lagipun dahulu saya cetek ilmu mengenai penyakit HIV/AIDS dan beranggapan ia mudah berjangkit. Selepas diberitahu oleh doktor, saya mula sedar apa yang dilakukan oleh Lina patut disokong,’’ katanya.
Kecekalan dan ketabahan hati Lina mengharungi setiap kegetiran memelihara anak-anak Pernim turut memberi tamparan hebat kepada Roslan.
“Sebagai suami, hati saya cukup terusik apabila kepenatan dan susah payah Lina ditabur fitnah dan kata nista hanya semata-mata dia ingin memberi sesuap nasi kepada anak-anak yatim.
“Kami pernah disisih jiran tetangga, dimaki hamun orang-orang yang tidak memahami niat murninya dan dicemuh makan hasil anak-anak Pernim malah anak-anak mereka diusir daripada bermain dengan anak-anak kami.
“Itu semua memberi saya kekuatan untuk sama-sama berganding bahu dengan Lina kerana saya tahu dia amat memerlukan saya,’’ kata Roslan sambil memeluk bahu isteri tercinta.
Roslan mengaku layanan Lina bukan lagi seperti dahulu. Dulu, ketika dia balik daripada tempat kerja dia akan disambut dengan segelas air penghilang dahaga.
Hujung minggu mereka bersantai di rumah sambil di temani anak-anak atau keluar berjalan-jalan.
“Zaman itu telah berlalu tetapi saya tidak pernah kesal. Kalau ada masa terluang Lina tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan dengan anak-anak saya tetap keluar beriadah tetapi dalam kumpulan yang besar,’’ katanya.
Itulah keistimewaan pasangan ini. Baik Norlina mahupun Roslan, mereka tidak pernah membeza-bezakan anak kandung seramai enam orang dengan 10 anak-anak Pernim.
Kasih sayang, perhatian dan belaian mereka tidak berbeza. Begitu juga dengan layanan di rumah. Mereka dihantar ke sekolah yang sama, kelas tuisyen dan kelas taekw0ndo malah pemberian wang ringgit juga sama.
“Sikap toleransi dan saling berkomunikasi memudahkan perhubungan kami,’’ katanya.
Bagi membuktikan hatinya benar-benar terbuka menerima usaha isterinya mewujudkan Pernim, Roslan sanggup memotong wang gajinya melebihi seribu ringgit sebulan semata-mata untuk membeli tanah di Kampung Tasek Permai Ampang, Selangor bagi membina sebuah rumah Pernim.
“Biarlah ada sebuah rumah yang selesa untuk anak-anak Pernim membesar dan bersekolah dengan baik.
“Tidak kira daripada mana pun asal keturunan mereka tetapi anak-anak ini adalah anak bangsa yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Saya dan isteri memang mengalu-alukan kedatangan lebih ramai anak-anak HIV/AIDS tetapi biarlah selepas terbinanya rumah perlindungan Pernim itu nanti,’’ katanya.
Women share personal experiences and success stories at forum
By SHARON LING
sharonling@thestar.com.my
A DREAM came true for artist, entrepreneur and television personality Datin Lynda Ghazzali when she organised and hosted the first Women’s Forum in Kuching on Sunday.
Lynda, the executive chairman of Hawa Ghazzali Holdings Sdn Bhd, initiated the forum with her husband Datuk Ali Ghazzali as a platform to bring together women of different backgrounds to share their personal experiences and success stories.
“My dream is to encourage and inspire women to develop themselves and succeed in life. We chose four successful women as the speakers to cover different topics such as business, charity and education, with myself as the host and presenter,” she said.
The forum, organised by Hawa Ghazzali subsidiary Azzalyn Entertainment Sdn Bhd, was attended by 60 participants who discussed women’s issues with the speakers.
“It was very informal. We did it in the style of a talk show and the participants had a good time interacting with the speakers.
“We discussed all kinds of issues such as Botox injections, how to take care of employees, how to run a business, beauty products and how to raise children and keep them away from social ills,” Lynda said.
She added that the participants gave the thumbs up for the forum and wanted more sessions.
“We received a lot of good comments. Many of them said they learnt a lot and really enjoyed themselves.”
The forum will next be held in Kota Kinabalu on May 8, followed by Kuala Lumpur (June 12), Brunei (June 26), Kuantan (July 3) and Miri (July 24).
Ali, who is Hawa Ghazzali president, said it aimed to develop and promote women by bringing together successful women and served as a platform for women to network.
“Some successful women struggled early in their careers. Others may still be struggling. Through the forum, we will be able to help those who are struggling. They can learn from the mistakes of others and pick up tips from those who have succeeded.
“We want to lead by example and help women to develop themselves,” he said.
One of the speakers, NK Laboratories Sdn Bhd managing director Nora Khamis, said she shared about her experiences in running a business and coping with her family at the same time.
“I talked about what I went through to reach this stage in my business despite limitations in time, resources and funds, and also that it’s important to have a positive attitude,” she said.
The forum was a good platform to inspire those still seeking direction in lives and trying to achieve their goals, he added.
“My aim is to encourage everyone, men included, to find their way to success,” she said.
Another speaker was Brisik Dagang Sdn Bhd manager Nusmawati Yunus, who runs the Dua Musim, Brisik and Teratai restaurants in Kuala Lumpur and Petaling Jaya.
She gave tips on how to run a restaurant business and talked about her company’s apprentice training for those interested in the food and beverage sector.
“We aim to help those interested in setting up a restaurant but don’t know how to start. They can train with us to gain experience and start their own business with guidance from us.
“We are ready to receive apprentices or interns from universities, colleges and government bodies. We welcome Sarawakians to train with us,” she said, adding that she had 12 apprentices.
Other speakers were Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia founder Norlina Alawi and Universiti Teknologi Mara Sarawak Assoc Prof Dr Fatimah Bujang.